Ya Allah...Sinarilah jalan hidupku dengan CahayaMu yang tak pernah padam....

Thursday, August 12, 2010

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim…
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan…..!
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan………!
Allahu Akhbar wa lillahil hamd…

Syukur padaMu ya Allah atas kehadiran bulan mulia ini… Bulan pesta beribadat, musim bunga kerohanian, madrasah bagi bakal-bakal graduan yang bertaqwa….

Mari saudaraku… Kita sahutlah seruan Allah… Kepada siapa Dia memanggil? Kitalah, kerana kita mengaku beriman.. Apakah tidak mahu kita menapak lebih tinggi dari darjat kita ketika ini? Tidak mahukah kita mengubah layar kepada ketenangan? Walhal laluan kita ketika ini telah penuh dengan ribut dan kekacauan…. Panggilan mana lagi yang lebih mulia untuk kita sebagai hamba?

Ramadhan datang lagi………

Aku umpama sebutir pasir yang begitu ampuh menuruti arus air yang begitu kuat…Terlalu kuat hingga tak mampu ku melawannya..namun tanpa disangka tersangkut tiba-tiba di tepian yang begitu mendamaikan…tenang mempesona…Syukur…aku terpilih berada di kalangan yang lain…

Sungguh…nikmatnya rasa menjadi hamba, nikmatnya rasa redha…. Alhamdulillah…

Aku masih lagi melalui fasa ujian mu’min… dan kini ujian  dalam fasa muttaqin… Tak tahu berapa markah yang layak untukku terima… Begitu takut untuk bermuhasabah, kerana setiap detik ada saja hitamnya… Belum benar-benar terdidik lagi akal fikiranku, mataku, telingaku, hidungku, kaki dan tanganku untuk betul-betul tunduk..

Tapi inilah…bulan ini bukan sebarang bulan…bukan sekadar bulan penilaian…bulan latihan terbaik…bulan mengikat pancaindera…bulan menahan nafsu amarah…bulan naik pangkat…inilah dia…
Penilaiannya nanti, selepas tamat Ramadhan… Jika masih sama fe’el dan tabiat, maknanya permohonan ‘naik pangkat’ telah ditolak…Ditolak sekeras-kerasnya…Huh, tak layak lagi rupanya…Padahal sudah suku abad mengenal dunia …masih begini…Huh….!

Jika begitulah keadaanya, bagaimana rupa ‘buku baru’ kita kelak? Walhal Muharam yang bakal datang harus dirai dengan jawatan baru kita….Hamba Bertaqwa…atau sekurang-kurangnya..Hamba Bertaubat…
Cubalah kita mohon kembali…jawatan ini sentiasa ada kekosongan…tak mungkin akan penuh walau yang memohon satu dunia…Ganjaran untuk seumur hidup…Di dunia dan akhirat…

Mudah-mudahan Ramadhan ini kita adapat membersihkan diri…sebagai persedian menghadapi tahun hijrah yang baru…mudah-mudahan juga segala ibadatdan taubat  kita di bulan Ramadhan memadam tingkah laku buruk kita di bulan-bulan sebelumnya…Sesungguhnya Allah menyayangi dan merindui kita…..Alangkah beruntungnya jika kita menyahut bisikan rinduNya pada kita….

Bulan ramadhan umpama sebuah kapal yang dipenuhi dengan berlian, emas dan permata yang hanya singgah sebulan dalam setahun di sebuah kawasan. Maka ketika itu berduyun-duyun orang datang dan cuba mengambil sebanyak mungkin isi di dalam kapal. Sebab peluang ini hanya seketika…..
Jadilah tamak membuat kebaikan pada bulan Ramadhan…Umpama si tamak harta yang sehingga mengutip walaupun sekecil-kecil nilai 5 sen..Begitulah…Jadilah kita begitu tamak dalam membuat kebajikan…walau sekecil mengangkat sampah, ada ganjaran tersembunyi untuk kita… Bonusnya jika ada keikhlasan…Allah akan member ganjaran yang lebih yang Hanya Dia yang Tahu…








No comments:

Post a Comment