Ya Allah...Sinarilah jalan hidupku dengan CahayaMu yang tak pernah padam....

Thursday, August 12, 2010

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim…
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan…..!
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan………!
Allahu Akhbar wa lillahil hamd…

Syukur padaMu ya Allah atas kehadiran bulan mulia ini… Bulan pesta beribadat, musim bunga kerohanian, madrasah bagi bakal-bakal graduan yang bertaqwa….

Mari saudaraku… Kita sahutlah seruan Allah… Kepada siapa Dia memanggil? Kitalah, kerana kita mengaku beriman.. Apakah tidak mahu kita menapak lebih tinggi dari darjat kita ketika ini? Tidak mahukah kita mengubah layar kepada ketenangan? Walhal laluan kita ketika ini telah penuh dengan ribut dan kekacauan…. Panggilan mana lagi yang lebih mulia untuk kita sebagai hamba?

Ramadhan datang lagi………

Aku umpama sebutir pasir yang begitu ampuh menuruti arus air yang begitu kuat…Terlalu kuat hingga tak mampu ku melawannya..namun tanpa disangka tersangkut tiba-tiba di tepian yang begitu mendamaikan…tenang mempesona…Syukur…aku terpilih berada di kalangan yang lain…

Sungguh…nikmatnya rasa menjadi hamba, nikmatnya rasa redha…. Alhamdulillah…

Aku masih lagi melalui fasa ujian mu’min… dan kini ujian  dalam fasa muttaqin… Tak tahu berapa markah yang layak untukku terima… Begitu takut untuk bermuhasabah, kerana setiap detik ada saja hitamnya… Belum benar-benar terdidik lagi akal fikiranku, mataku, telingaku, hidungku, kaki dan tanganku untuk betul-betul tunduk..

Tapi inilah…bulan ini bukan sebarang bulan…bukan sekadar bulan penilaian…bulan latihan terbaik…bulan mengikat pancaindera…bulan menahan nafsu amarah…bulan naik pangkat…inilah dia…
Penilaiannya nanti, selepas tamat Ramadhan… Jika masih sama fe’el dan tabiat, maknanya permohonan ‘naik pangkat’ telah ditolak…Ditolak sekeras-kerasnya…Huh, tak layak lagi rupanya…Padahal sudah suku abad mengenal dunia …masih begini…Huh….!

Jika begitulah keadaanya, bagaimana rupa ‘buku baru’ kita kelak? Walhal Muharam yang bakal datang harus dirai dengan jawatan baru kita….Hamba Bertaqwa…atau sekurang-kurangnya..Hamba Bertaubat…
Cubalah kita mohon kembali…jawatan ini sentiasa ada kekosongan…tak mungkin akan penuh walau yang memohon satu dunia…Ganjaran untuk seumur hidup…Di dunia dan akhirat…

Mudah-mudahan Ramadhan ini kita adapat membersihkan diri…sebagai persedian menghadapi tahun hijrah yang baru…mudah-mudahan juga segala ibadatdan taubat  kita di bulan Ramadhan memadam tingkah laku buruk kita di bulan-bulan sebelumnya…Sesungguhnya Allah menyayangi dan merindui kita…..Alangkah beruntungnya jika kita menyahut bisikan rinduNya pada kita….

Bulan ramadhan umpama sebuah kapal yang dipenuhi dengan berlian, emas dan permata yang hanya singgah sebulan dalam setahun di sebuah kawasan. Maka ketika itu berduyun-duyun orang datang dan cuba mengambil sebanyak mungkin isi di dalam kapal. Sebab peluang ini hanya seketika…..
Jadilah tamak membuat kebaikan pada bulan Ramadhan…Umpama si tamak harta yang sehingga mengutip walaupun sekecil-kecil nilai 5 sen..Begitulah…Jadilah kita begitu tamak dalam membuat kebajikan…walau sekecil mengangkat sampah, ada ganjaran tersembunyi untuk kita… Bonusnya jika ada keikhlasan…Allah akan member ganjaran yang lebih yang Hanya Dia yang Tahu…








Wednesday, May 12, 2010

Aduh...Janganlah marah....

Bismillahirrahmanirrahim...................

Wahai diri...janganlah marah....

Kelas pendidikan Seni tadi, kami buat kad hari guru..Aku nak terapkan unsur cop. Jadi aku minta murid-murid cop warna air pada ibu jari masing-masing. Ni contoh:-

Jenuh pujuk Aiman. Siap tolong warna kat jari dia...tapi dia tak nak...tak taulah dia geli ke ape ke....huhu....Marah gak dengan dia. Akhirnya dia buat gak tapi hanya empat sahaja dan tak cantik sebab dia tak tekan betul-betul...Kecewanya....Geramnya...

Tiba-tiba aku nampak dia ambil berus lukisan dan dia sibuk bermain warna. Lepas tu dia lipat kedua belah kertaas dan dia tekan-tekan. Aku perhati tapi aku tidak peduli.....

Hasilnya........

Wah.....Cantiknya.......:)

Tulah....Alhamdulillah tak marah sangat...Alhamdulillah tak paksa sampai dia nak keluar kelas. Dia wat teknik lain tapi at least dia terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran.Lukisan dia buat aku teringat pada Ujian Projektif Personaliti dalam Psikologi iaitu Ujian Rorschach. Ni dia



Ujian Rorschach ni digunakan untuk menilai personaliti individu melalui persepsi client terhadap inkblot yang diberikan. Ini salah satu contohnya...

Berbalik pada Aiman tadi...Kita tak boleh paksa murid. Biarkan dia dengan kreativiti mereka. Tapi kadang-kadang kena jugak guna paksaan...Lagi-lagi bila nak suruh solat...Liatnya....

First time suruh Aiman solat kena sampai kejar ke luar pagar sekolah...Dia dengan basikalnya berpusing-pusing mengelilingiku...Dalam hatiku berdoa mudah-mudahan dia tak terus balik dengan basikalnya...tak terkejarlah aku....Alhamdulillah akhirnya dia mengikutiku....Masalah juga nak bawa dia ke surau. Sekeliling surau dia berpusing dan asyik turun naik tangga. Aku biarkan dan aku katakan selagi dia tidak solat dia tak boleh balik...Kukatakan juga, daripada dia kepenatan naik turun tangga baiklah dia solat. Solat tu tak seteruk itu pergerakannya dan sekejap sahaja pun....

Alhamdulillah lembut juga hatinya. Aku mengiringi dia ke dalam surau. Kelihatan Hazman dan lain-lain telah pun mulai solat...Alhamdulillah...:) Sayang anak murid cikgu ni....

Monday, May 10, 2010

Relief...

Aku mengambil peluang relief dengan mengambil gambar bersama budak-budak Zamrud..Huhu sedihnya sebab tinggal dua minggu setengah jer aku akan menapak di sini.

Dari kiri, Danial, aku dan Khairul...

Dengan Amirul...Wah pandai rupenye dia posing...:D

Jenuh suruh Syafiq berhenti main bola...Inila hasilnya...Mahal ni tau...Huhu

 Ni kak Lili, PPM yang banyak membantu...Danial tunjuk jam baru dia...

Danial seronok sangat ada jam baru.. Sebelum tu dia berminat sangat dengan jamku walaupun hanya berharga RM10 sahaja. Aku berjanji dengan Danial aku akan membelikannya jam jika dia bertingkah laku dengan baik selama dua minggu. Malangnya Danial dah ada jam baru...Pagi-pagi lagi dia dah tunjuk. Aku dah perasan sebelum tu lagi sebab dari jauh dalam perjalananku masuk ke sekolah kulihat Danial berlari-lari masuk sambil asyik memandang jam. Padahal baru je pukul 7.15...Macamnya dah lambat..Actionla tu..:) Danial...Danial...Berjaya lagi dia buat aku tersenyum di awal pagi...

Mendung Berarak Pergi....

Berbaloi-baloi kepenatan... Akhirnya tamat juga pada 8 hb Mei 2010..Acara perbarisan menyaksikan kumpulan kami mendapat nombor ketiga dari empat nombor yang ada..Err ok ke? Bolehla.. Berbaloila sebab kami bermula dengan 0..Padahal orang lain dah mantap kitorang pulak baru dapat komander..Ni gambar sekitar acara perbarisan....

Lepas ni kalau kena latih perbarisan, insyaAllah...tak de hal punye..Hehe

Monday, May 3, 2010

Pagi yang tercemar....huhu

Assalamualaikum....

Pagiku yang indah pada hari ini telah 'dicemari'... Indah sebab Syafiq  tegur..."hi cikgu..." Huhu....syahdunya...Bukan senang tau Syafiq nak tegur cam tu...Memang sesuatu yang membahagiakan kalau syafiq panggil dengan lembut...Dulu kalau nak dengar dia panggil lembut-lembut masa dia minta teman pergi toilet je...Selalunya dia akan main sergah je. Tak pun herdik-herdik... huhu.. Tapi tak pe faham...Syafiq ada sedikit ciri-ciri autism tapi dia ok je....

Syafiq ni ada kegemaran baru sekarang ni..Bila aku temankan dia atau bila waktu nak siram bunga di luar, dia akan tersengih-sengih perlahan-lahan lepastu dia akan lari sambil tergelak-gelak...Amboi-amboi pandai bergurau... :p Lari punya lari dia terlupa nak amik stokin. Perlahan-lahan dia datang balik dapur...Aku yang menyorok disitu cepat-cepat sergah. "Alaaa..."  Hehe...baru tau...

Kejar-mengejar dengan Syafiq ni dah biasa sebab dia ni aktif sangat. Kalau ada DAnial lagila....Tak boleh kalau salah sorang tak de. Danial boleh panggil-panggil Syafiq kat gambar yang terlekat di dinding kelas.. Syafiq pulak kalau Danial tak datang, bila tanya dia, dia asyik jawab belum datang je...:) Bagus betul ukhwah dia orang tu....Kelakar bila teringat masa lepas cuti haritu Syafiq seronok sangat bila jumpa Danial.. Siap panggil..."Hi Bro!"  dengan tangan terangkat...

Syafiq ada bola...Dulu kalau Syafiq nakal dan tidak mahu buat keje, aku akan 'ugut' dia hendak bocorkan bola besar dia tu...tapi sekarang aku dah insaf dah...Sekarang ni aku lebih gunakan peneguhan berbanding hukuman. Aku akan peruntukan lima minit setiap kali Syafiq menyiapkan tugasan untuk memberi dia peluang main bola dia. Tak pun bagi dia main kereta mainan. Tapi cara Syafiq main tak sama macam budak lain. Dia akan susun satu persatu sederet sambil dia khusyuk perhati ciri-ciri kereta tersebut..Comelnyaaaala....Tak macam Aiman...kalau bagi Aiman macam-macam dia boleh buat...Dia siap aturkan perlawanan dua buah kereta dengan seekor lipas...HUhu...Kesian lipas tu yang akhirnya mengalami kecederaan akibat dilanggar dua buah kereta..Kejamnya...gitulah budak-budak pantang kita lepa..

Pagi ku yang indah tadi 'tercemar' dengan keserabutan ku waktu mengendalikan budak-budak perbarisan..huhu sungguh ku akui diriku yang tak pandai berkawad...Nasib baik ada kak Linda..Apa yang penting aku cuba untuk tiupkan semangat kat budak-budak tu...Alhamdulillah dia orang cam ok jer..InsyaAllah...Ya Allah Kau mudahkanlah urusan kami dan jadikanlan kami di kalangan orang yang berjaya...Ameeen...:)

Esok pagi akan datang lagi...Aku harap pagiku akan indah...Sesungguhnya walau bagaimanapun pagi kita, itu adalah aturan Tuhan yang penuh dengan Hikmah...Kesyukuran sepatutnya untuk ku panjatkan kerana sekurang-kurangnya aku masih punya pagi baru....

Sunday, May 2, 2010

Pembuka kata..


Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang memiliki dan mentadbir setiap isi bumi dan yang memiliki dan berkuasa sepenuhnya atas diri ini..

Alhamdulillah, dengan petunjuk dan rahmat serta kekuatanNya dapat juga aku menulis walaupun terasa janggal kerana pertama kali menulis dan ditatap umum. Tapi kerana azam yang sekian lama untuk menulis diari secara terbuka atas nasihat Dr. Haniz pensyarah di UPSI yang bersungguh-sungguh menyuruh kami menulis, rasa malu dan takut ku tolak ketepi. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat kukongsi pengalaman yang kulalui namun dengan asas dan ilmu yang masih cetek dalam bidang pendidikan khas masalah pembelajaran. Mudah-mudahan aku akan dapat inspirasi dan idea baru dari orang lain. Mudah-mudahan dengan cara ini juga ada yang akan menegur sekiranya apa yang kulakukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ada yang tidak betul.

Menjadi seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran memerlukan kreativiti dan kesungguhan. Setiap hari perlu ada semangat dan keghairahan untuk mengajar. Guru kena peka ddengan tindak balas murid-murid yang cepat bosan dan mudah hilang focus. Tambah lagi guru tak boleh hilang sabar kerana ia boleh melenyapkan rasa ingin belajar murid-murid.

Tetapi yang seronoknya menjadi guru pendidikan khas ialah didampingi murid-murid yang comel dan manja. Sebagai contoh murid-murid dari kategori sindrom down. Mereka begitu mencuit hati. Hilang tension bila tengok wajah mereka. Begitu juga dengan murid yang hyper. Walaupun kadang-kadang kesabaran hampir di peringkat terakhir, tetapi mendengar panggilan lembut mereka (walaupun hanya kerana minta ditemani untuk ke tandas) muka yang merah menahan marah boleh tersenyum.

Begitulah..macam-macam perasaan ketika menjalani praktikal. Praktikal yang bermula awal bulan tiga terasa impaknya sekarang. Pelbagai ‘ancaman’ dan ‘keindahan’ yang selama ini hanya didengar melalui cerita-cerita orang dirasai sendiri. Sungguhpun begitu banyak cerita, namun yang pastinya semakin hari semakin sayang. Mudah-mudahan Allah kekalkan perasaan ini keranaNya dan dengan rahmatNya…

Daripada menerima pelukan manja dan ciuman murid sehinggalah dikritik dan diludah murid. Daripada menerima senyuman dan pujian sehinggalah mendapat jelingan yang tajam. Semuanya bergilir-gilir menemaniku di sekolah. Namun apa yang pasti hari-hariku dipenuhi dengan rasa keseronokan yang tak dapat ku nilai atas sebab yang mana satu.

Bila diludah oleh murid dan menceritakan kepada rakan guru yang lain, pasti disambut dengan gelak tawa. Tak siapa pun yang akan marah melampau pada tindakan murid kerana siapa yang marah dia lebih ‘khas’ dari murid tersebut. Cukuplah menegur murid dan latih dia dengan peneguhan. Tapi adakala marah juga bila ada yang memaki. Tapi mereka sebenarnya tidak tahu atau mungkin ada sebab lain yang buat mereka begitu…Haa yang ni susah sangat sebab kadang-kala sebab musabab tindakan mereka begitu halus kecil dan sangat tersembunyi..dah baca profil murid pun tak tentu lagi boleh nak setle..

Hm…mulai hari ini aku akan cuba untuk mencatat perjalananku dan apa yang telah kulakukan saban hari. Sesiapa yang ingin berkongsi idea dan maklumat silalah dan ia amat dialu-alukan. Mudah-mudahan kejayaan dan kekuatan akan bersama dengan kita, dengan rahmat dan petunjukNya jua…